Hari Kurier Negara (HKN) @SACC Shah Alam

30 April 2026 | Aktiviti Terkini

Putrajaya | 29 April 2026 – Kursus Pensijilan Fasilitator Keusahawanan (Tahap 1) di bawah inisiatif Pusat Rujukan Inklusif Usahawan MADANI (PRIME) telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan MCMC.

Melangkah setapak lagi dalam memperkukuh teras keusahawanan di bawah Perkhidmatan Pintar NADI, seramai 93 petugas NADI yang terpilih kini diiktiraf secara rasmi sebagai Certified Business Facilitator (Level 1).

Dengan pengiktirafan ini, NADI kini lebih bersedia untuk bertindak sebagai pusat rujukan utama bagi usahawan mikro dan informal di peringkat akar umbi.
Syabas diucapkan kepada 50 peserta fizikal dan 43 peserta dalam talian atas komitmen tinggi anda! Inisiatif PRIME akan terus diperkasakan di Pusat NADI terpilih seluruh negara demi memastikan pengukuhan ekonomi dirasai secara menyeluruh oleh semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas